redONE Niaga | Program Keusahawanan | redONE Preneur Sales Advisor

0
233



Slide 1
***
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Taklimat ini disediakan bagi memperkenalkan kepada anda Program redONE Preneur Sale Advisor.

SLIDE 2
***
Baiklah, sebelum kita mula, saya akan menerangkan dengan ringkas berkenaan redONE.

redONE merupakan salah sebuah pembekal perkhidmatan telekomunikasi, iaitu sama seperti Celcom, Maxis dan Digi di Malaysia dan Singapura.

redONE adalah rakan strategik Celcom yang menyediakan liputan rangkaian terluas di Malaysia.

Akhir sekali, redONE juga menyediakan pelbagai produk yang ringkas, berkualiti pada harga yang berpatutan.

SLIDE 3
***
Dalam video ini, kita bakal menjawab 4 persoalan.

Persoalan 1: Apakah itu program redONE Preneur Sales Advisor?

Persoalan 2: Apakah kelebihan yang anda bakal perolehi daripada program keusahawanan ini?

Persoalan 3: Bagaimanakah cara untuk anda menjana pendapatan secara berterusan dengan mudah?

Persoalan terakhir: Apakah langkah-langkah untuk anda berjaya dalam program perniagaan ini?

SLIDE 4
***
Baiklah, mari kita mula dengan Persoalan 1: Apakah itu program redONE Preneur Sales Advisor (RPSA)?

Ianya merupakan program keusahawanan telco redONE untuk memberi anda peluang menjadi rakan niaga redONE.

Bagi anda yang masih mencari pekerjaan tetap, program ini menawarkan anda cara menjana pendapatan dengan pantas.

Manakala, untuk yang sudah bekerja, dengan menjadi rakan niaga redONE… Anda boleh menerima pendapatan sampingan yang berpanjangan.

SLIDE 5
***
Program ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Anda akan dipilih melalui temuduga secara online, bagi melihat tahap motivasi dan semangat anda untuk mengubah hidup.

Terdapat 5 produk redONE yang ringkas dan mudah dijual.

Produk pertama adalah pelan telekomunikasi post-paid redONE.
Kedua pula adalah pembayaran bil pelan dan utiliti bulanan.
Ketiga melibatkan pakej insuran.
Keempat adalah kemudahan kad kredit.

manakala produk terakhir merupakan telefon bimbit yang disatukan dengan pelan telekomunikasi.

SLIDE 6
***
Sekarang, mari kita pergi ke Persoalan 2: Apakah kelebihan yang ditawarkan oleh program keusahawanan ini?

Untuk makluman, yuran asal Program Keusahawanan adalah 680 ringgit. Program ini memudahkan anda menjadi rakan niaga dengan menyediakan modal sebanyak 100 ringgit sahaja.

Memandangkan program ini terbuka kepada 50 orang terawal sahaja, temuduga atas talian akan dikendalikan untuk memastikan anda layak.

SLIDE 7
***
Modal 100 ringgit yang dibayar akan dikembalikan terus ke dalam e-Wallet redONE anda. Sistem, latihan pernigaan, kit permulaan perniagaan dan redSHOP point kedai redONE diberikan secara PERCUMA untuk program ini.

SLIDE 8
***
Kelebihan program perniagaan ini memang banyak.

Selain daripada yuran kemasukan yang dikecualikan, anda akan menerima kit permulaan perniagaan yang lengkap.

Ini merupakan perniagaan yang memerlukan modal yang paling minima. Juga, anda akan menerima pembayaran komisyen dan perkongsian pendapatan yang berpanjangan.

Bagi memastikan anda berjaya, program latihan yang teratur disediakan lengkap dengan bahan latihan.

Sekali lagi, program ini memberikan anda kebebasan masa dalam melaksanakan perniagaan anda serta menyediakan pendapatan yang lumayan.

SLIDE 9
***
Sekarang, kita akan menjawab persoalan ketiga, bagaimana anda boleh menjana pendapatan lumayan dengan redONE?

Secara ringkas, dengan mendaftar 15 talian redONE sebulan, anda berpotens menerima komisyen sebanyak 1470 ringgit.

Selain itu, anda juga akan menerima komisyen 250 ringgit bagi setiap referal Sales Advisor yang berjaya didaftarkan. Ini adalah satu langkah untuk mengalakkan anda membina team, team yang akan mengembangkan lagi perniagaan anda.

=== 9.2

Kemudian, anda juga akan mendapat elaun tambahan Sales Advisor sepenuh masa sebanyak 125 ringgit sebagai insentif pendaftaran 15 talian sebulan untuk bulan tersebut.

Melalui simulasi ini, untuk bulan pertama sahaja, jumlah pendapatan dari redONE yang anda mampu jana ialah 2095 ringgit. Itu hanyalah dari 15 talian pertama pada bulan pertama anda.

Jika anda mempunya sebarang pertanyaan mengenai jadual komisyen ini, sila hubungi kami di 011 1093 7088.

SLIDE 10
***
Selain daripada itu, setiap kali pelanggan anda membayar bil mereka, anda akan mendapat komisyen dari pembayaran tersebut. Ini adalah pencen bulanan anda, dengan kata lain, recurring income setiap bulan.

Ini merupakan graf simulasi bayaran bil sebanyak 30 ringgit sebulan.

===

Ambil contoh, dengan 30 talian, anda akan dapat 54 ringgit setiap bulan. Jika 100 talian, anda akan menerima 180 ringgit. Untuk 1000 talian pula, anda akan menerima sebanyak 1800 ringgit sebulan. Jika anda boleh mencapai 3000 talian, komisyen bulanan anda akan mencapai 5400 ringgit sebulan.

Dengan menjadi rakan niaga redONE, anda bukan sahaja menerima pendapatan yang lumayan; anda juga akan mendapat pencen bulanan daripada recurring commission anda.

source